Page Views

Walaupun kali ni aku sambut ulangtahun kelahiran aku seorang diri,aku tetap gembira dan bersyukur.Tadi kat tempat keje ada gak rakan sekerja serta guest yang ckeck in kat hotel tu yang wish.Tapi apa yang paling manis adalah,Kekasih Hati call aku tepat pukul 12 malam untuk wish kat aku.
Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup didunia ini.Walaupun 2012 yang aku tinggalkan semalam banyak meninggalkan kisah suka duka serta pahit manis,aku tak pernah menyesal walau sedikit pun.Bahkan ianya menjadikan aku lebih kuat dah tabah untuk mengharungi hari-hari mendatang.Aku juga bersyukur kerana aku masih ada mak abah,adik beradik,kaum keluarga,sahabat-sahabat serta Kekasih hati yang tak pernah melupakan aku dan sentiasa berada dibelakang menyokong aku.Sesungguhnya kasih sayang yang anda semua curahkan pada aku,takkan aku dapat balas sampai bila-bila.
Apa yang paling penting adalah,semalam aku terlupa nak off handphone.Natijahnya,korang semua tau laa apa yang terjadi sepanjang malam semalam hingga ke saat ini.Ucapan "Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 34,Fendi."aku terima tak henti-henti.Dari wall facebook sampailah sms ke handphone.Aku memang tak dapat tidur malam tadi.Salah satu sebabnya,bunyi notification kat handphone.Antara sebab lain adalah aku terharu kerana masih ada orang yang ingat kat aku.Maknanya orang masih sayangkan aku.Ini menguatkan lagi semangat aku untuk terus hidup serta menjadi insan yang lebih baik dimasa akan datang.kalau nak disebutkan semua nama yang telah wish aku,takkan mungkin aku dapat sebutkan semua.Korang tau sapa diri korang.Allah sajalah yang akan membalas ingatan tulus ikhlas dari korang semua pada aku.
Akhir kata,inilah permulaan hidup baru bagi aku dan kita semua.

Sedang mengupdate blog

"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply