Page Views

Aku pilih tajuk ni adalah sebab aku rindukan sahabat-sahabat aku yang pernah keje dengan aku masa kat Pizza Hut AEON Bukit Indah,Johor Bahru dulu.Aku rindukan suasana tu.Walaupun masa tu kekurangan staff,tapi kami tetap gembira macam adik beradik.Riuh,gelak tawa dan macam-macam lagi kerenah.
Susah untuk aku terjemahkan dengan kata-kata betapa rindunya aku dengan sahabat-sahabat aku.Aku tak pernah anggap yang diorang tu semua keje dibawah aku walaupun masa tu aku manager diorang.Aku anggap semuanya sama level dengan aku.Aku tak pernah wujudkan jurang perbezaan antara manager dengan staff.Mungkin kerana cara pendekatan aku ni berbeza dengan manager-manager lain yang membuatkan staff aku dulu rapat dan boleh dikatakan sayang dengan aku.Aku pun dah anggap diorang semua macam adik beradik aku sendiri,walaupun kami dari berbeza warna kulit mahupun bangsa.Pada masa tu semua orang tak ada rasa macam keje dengan bangsa yang berbeza.
Aku sebenarnya tak nak tulis panjang-panjang.Cuma nak kongsikan detik-detik bahagia masa aku keje dengan diorang ni semua.Jika diizinkan Allah,aku nak kumpul semua sahabat-sahabat yang pernah keje dengan aku kat Pizza Hut AEON Bukit Indah,Johor Bahru lepak sama-sama.Pegi makan-makan ke.Kat bawah ni adalah sebahagian dari koleksi gambar-gambar kenangan masa aku keje dengan diorang.Sesungguhnya,Aku sayang semua sahabat-sahabat aku.














"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply