Page Views

Tinggal 6 hari je lagi sebelum ulangtahun perkahwinan Mak & Abah.20 Disember 1970 adalah tarikh keramat bagi mereka.Sesungguhnya aku terhutang budi & nyawa pada mak & abah.Walau jutaan kebaikan yang aku lakukan untuk mereka,takkan dapat aku membalas segala jasa mereka.Mereka berdua umpama cahaya yang menerangi hidup aku selama ini.Bila aku sedih,gembira,susah,senang mereka sentiasa disisi menemani aku.Ada juga orang-orang yang bertanya,"Fendi,bila kau nak kahwin?".Aku cuma jawab,"Kalau Allah ada tulis dalam suratan hidup aku aku akan kahwin,kahwinlah aku nanti.tapi kalau tak ada tertulis dalam suratan hidup aku yang aku akan kahwin,maka tak ada lah."
Siapa yang tak nak kahwin kan?Tapi buat masa ni aku rasa bukan masanya aku kahwin,dah terlambat rasanya.Setelah apa yang berlaku pada aku sekitar bulan Jun-Julai 2006 yang lalu,aku dah malas nak fikir.Lebih baik aku hidup macam ni.Aku cuma cakap pada mak & abah lepas peristiwa tu,"Takpe lah,mungkin bukan/belum jodoh.Sekarang ni kita(adik beradik aku bangsakan diri kitorang dengan 'kita')hanya hidup untuk mak,abah & adik-adik je.Kalau korang semua gembira,apa lagi yang kita inginkan.Kita lebih bahagia tengok korang semua gembira.Susah senang kita bersama."
Sayangilah mak & abah korang selagi diorang masih hidup.Bukan bermakna lepas diorang dah takde kat dunia ni tak payah sayang.I love both of you so much Mum & Dad....





"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply