Page Views


Macam tahun-tahun sebelumnya,tahun ni merupakan tahun ke 7 aku akan off handphone aku bermula 31 Disember 2012 pukul 11 malam hingga 7 pagi esoknya.Bukannya nak berlagak atau berasa diri aku ni macam artis,cuma aku takkan pernah cukup tidur bila tiba tarikh 1 Januari setiap tahun.Memanglah 1 Januari merupakan hari lahir aku,tapi aku penat melayan setiap ucapan Happy Birthday Fendi setiap kali tiba tarikh 31 Disember bermula dari 12 malam hingga keesokan paginya TANPA HENTI.
Aku bukanlah tak menghargai pada keluarga dan sahabat-sahabat yang nak wish kat aku.Cuma penat dan tak cukup tidur.Apalah salahnya kalau nak wish aku pada 1 Januari tu pun boleh.Mungkin kesemua ahli keluarga termasuk sahabat-sahabat yang aku sayangi nak menjadi ORANG PERTAMA yang wish kat aku.Yang aku tak boleh tahan tu,ada yang wish pukul 3 & 4 pagi pun ada.Elok-elok aku dah set alarm time aku nak bangun esok paginya,terus tak boleh tidur.Asik bergegar & berbunyi je handphone aku.
1 Januari 2013 ni genaplah umur aku 34 tahun.Aku nak tujukan kesyukuran aku kepada Allah yang telah memberi aku peluang untuk hidup didunia ni disamping keluarga,sahabat-sahabat serta insan yang paling aku sayangi.Pada mak abah,dengan doa kalian semoga umur aku sentiasa diberkati dan aku berjanji akan terus berbakti pada kalian berdua walau hingga hujung nyawa aku.Pada sahabat-sahabat,terima kasih atas ingatan anda semua.Tak mungkin aku akan dapat sahabat-sahabat lain yang sama macam anda semua.Anda semua sentiasa dibelakang menyokong aku walau dalam apa keadaan sekalipun.Akhir sekali pada insan yang paling aku sayangi,terima kasih kerana sentiasa disamping dan menyayangi aku hingga kehari ini.Aku TAKKAN dapat membalas kasih sayang yang kau curahkan pada aku selama ini.Cuma aku doakan kesihatan dan kesejahteraan buatmu.
Aku benar-benar berharap aku dapat sambut hari lahir aku disamping anda semua.Tapi apakan daya,aku terpaksa kerja pada 1 Januari ni.Mungkin dikesempatan yang lain kita dapat raikan bersama.Akhir kata,Salam sayang penuh kerinduan pada anda semua ikhlas dari lubuk hati aku.Semoga tali silaturrahim antara kita semua akan kukuh serta kekal buat selamanya....

"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply