Page Views

Minggu lepas yang baru je baerlalu ni,aku rasa bahagia sangat.Jadual kerja pun selesa.Kat tempat kerja pun takde banyak masalah.semuanya berjalan lancar.Dapat sms dari mak.Hujung minggu pun ceria bila Kekasih Hati datang melawat.Dapat pegi makan sama-sama.
Bagi aku segala-galanya penting dalam kehidupan manusia.Terutama sekali keluarga,orang tersayang serta kawan-kawan yang sentiasa disisi.Tanpa mereka semua ni,kehidupan kita seakan tak bermakna langsung.Seperti yang pernah dan selalu diterapkan oleh penyanyi pujaan aku Michael Jackson iaitu,setiap manusia perlukan kasih sayang dari semua manusia disekeliling mereka.Tanamkan sifat kasih sayang pada sesiapa saja walaupun musuh kita sendiri.Kita tak seharusnya membenci sesama kita.Kerana kita takde hak langsung untuk membenci sesama makhluk didunia ni.
Macam yang aku selalu tulis dalam blog ni.Aku rindukan keluarga aku terutamanya mak,abah,adik beradik serta anak-anak saudara aku.Tak lupa juga pada sahabat-sahabat aku.Merekalah nadi disebalik semua kejayaan yang aku capai sekarang ni.Tanpa mereka ni semua,mungkin aku TAKKAN capai apa yang aku nikmati sekarang.Sesuailah dengan tajuk blog aku kali ni.Tak keterlaluan kalau aku katakan yang kasih sayang adalah harta yang paling berharga dalam setiap kehidupan manusia.Ia takkan boleh dibeli mahupun dijual dimana-mana.Ia tak boleh dinilaikan dengan wang kerana ia lebih berharga dari segala-galanya.Jika dikumpulkan segala kekayaan dalam dunia ini,kita masih takkan mampu menukarnya dengan kasih sayang.Tetapi kita akan merasakan bahawa kasih sayang tu amat berharga,apabila kita tak memilikinya.Samada kita dah mula dibenci ataupun orang yang kita sayang dah tak ada lagi didunia ini.
Pesanan aku untuk semua,hargailah harta yang paling berharga yang kita miliki sekarang iaitu Kasih Sayang.

Inilah 'harta' aku yang paling berharga :
Mak & Abah.


"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply