Page Views

Terlalu banyak perkara yang berlaku tahun 2012 yang baru lepas ni.Pahit manis suka duka yang aku lalui sepanjang 2012.Lepas korang semua habis baca tajuk ni,mesti korang kagum dengan betapa aku cukup hafal dengan terperinci tarikh-tarikh peristiwa yang berlaku.Memang aku cukup cekap dengan nombor.Off the record,banyak nombor yang aku hafal.Sebagai contoh,nombor kad pengenalan mak,abah,adik-adik,sahabat baik aku,bekas Area Manager aku,bekas Assistant Manager aku,adik angkat aku semuanya aku hafal.Bahkan tarikh lahir diorang semua dalam kepala aku.
Mula-mula sekali aku nak cerita kali pertama aku kenal Kekasih Hati aku adalah pada 7 Februari 2012.Tapi pertama kali aku jumpa dia adalah pada 14 Februari 2012.Ini TAK ADA kena mengena dengan Valentine's Day sebab aku tak sambut.Orang Kafir je yang sambut.Aku takkan upload gambar aku dengan dia.Aku cuma akan upload gambar-gambar untuk peristiwa lain je.
Seterusnya,pada 9 Mac 2012 adalah tarikh yang agak sedih bagi aku.Assistant Manager tempat aku keje sekarang ditukar ke Room Service Department.Dia adalah Mentor aku kat sini.Nama dia Rosdin Jailani tapi lebih famous dikalangan pekerja hotel ni dengan panggilan Pak Dean.Dia ni seorang yang punya karisma sebagai pemimpin.Setengah orang minta dihormat tapi tak macam dia ni.Perasaan hormat tu timbul secara automatic bila berada dengan dia.

Pak Dean featuring Chicago.

Seterusnya,pada tarikh 8 April 2012 konsert yang aku nanti-nantikan selama 12 tahun.Cromok Reunion : Thrashing KL 2012.Sememangnya aku sangat berpuas hati apabila akhirnya dapat jugak aku saksikan CROMOK secara live depan mata aku.Hanya orang-orang yang rapat dengan aku saja yang tau betapa minatnya aku terhadap Kumpulan Thrash Metal Malaysia yang unggul ni.Diorang ni dah tahap lagenda muzik kat Malaysia.

Aku didepan pentas berprestij malam tu.

Penghargaan pertama yang aku dapat sepanjang aku berkhidmat di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur ni adalah pada 22 Jun 2012.Bukanlah bermakna sebelum tu aku tak bagi perkhidmatan yang baik.Cuma nasib aku tiba pada tarikh ni.Aku rasa berbangga kerana kerja aku diiktiraf sebagai antara yang terbaik disini.Mungkin kerana prinsip hidup aku yang telah aku amalkan sekian lama iaitu,"Biar apa pun orang kata,kalau kita rasa tindakan kita betul...teruskan."

Terima kasih pada rakan sekerja serta Pak Dean.


Tarikh yang paling berkesan dalam hidup aku sekeluarga adalah pada 22 September 2012,apabila kami sekeluarga bersama-sama ke KLIA untuk menghantar adik aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar,Mesir.Dia akan berada disana selama 4 tahun.mengejar cita-cita dia.Walaupun kami semua menitiskan airmata disaat perpisahan dengan dia,tapi kebanggaan jelas terpancar dimata mak abah.Aku cukup bersyukur mendapat keluarga yang saling menyayangi.Biarpun kita berjauhan,namun sesungguhnya kau membawa bersama perasaan bangga dan kasih sayang kami.

Bergambar kenangan sebelum ke Balai Berlepas.

Rasanya cukuplah untuk kali ni.Lepas aku ceritakan pasal adik aku,aku rasa sebak sangat.Apa-apa pun,aku cukup puas dan berbangga dengan segala pencapaian aku sepanjang 2012.Moga bertemu dilain kali.Salam sayang untuk semua....

"Be the change you want to see in the world."





Leave a Reply