Page Views

Maaflah sebab kebelakangan ni aku malas nak update blog aku ni.Tu pasal lah pada mulanya aku tak nak ada blog sendiri.Sebabnya aku ni bukanlah rajin sangat menulis.Tapi aku rasa macam bosan pulak bila takde tulis apa-apa.Aku ni sibuk sangat dengan kerja je.Sampai aku takde masa untuk diri aku sendiri.
Semalam aku offday.Macam biasa aku bangun pagi,basuh baju pastu update facebook,email dan layan DVD.Tengah-tengah syok layan DVD,tiba-tiba Kekasih Hati call dan tanya aku tengah buat apa.Aku cakaplah aku tengah layan DVD.Dia kata dia penat sebab ada program malam sebelumnya.Aku kata takpe lah,pegilah berehat.Tiba-tiba dia kata,"Boleh tolong bukak pintu tak?Dah ada kat depan rumah ni."Rupa-rupanya dia buat surprise visit!
Lepas lepak layan DVD sama-sama,kitorang keluar pegi Times Square jalan-jalan.Pastu lepak makan kat Nando's.Habis je makan,aku hantar dia ke Pudu Sentral,pastu aku terus balik rumah.Bukan tujuan aku nak bermegah-megah ke apa.Cuma sekurang-kurangnya semalam ada orang datang untuk ceriakan hari aku yang kebelakangan ni muram dan sunyi.
Hari ni last day aku kerja pagi.Esok dah start kerja petang.Tapi yang paling bestnya,Ahad ni offday lagi!Hahahaha!!Betapa bestnya dapat offday hari Ahad hanya orang-orang tertentu saja yang tau!Cukup dululah setakat ni untuk hari ni.Aku sebenarnya tak tau apa nak tulis ataupun mungkin malas dan hanya benda ni je yang timbul dikepala otak aku pada masa ni.Lain kali aku akan cuba tulis yang lebih menarik dan ada unsur 'ilmiah.Aku akhiri blog aku kali ni dengan antara lagu kegemaran aku.Harap-harap korang enjoy!

George Benson -
Nothing's Gonna Change My Love For You


"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply