Page Views

Tajuk kali ni menggambarkan perasaan aku pada ketika ini.Rasa macam kosong sangat.Rindu kat mak abah,rindu kat adik beradik,rindu kat pakcik makcik,rindu kat sepupu,rindu kat sahabat-sahabat dan rindu kat Kekasih Hati.Walaupun hampir kesemuanya yang aku rindu ada dalam Malaysia,tapi aku rasa macam jauh sangat.Terkadang aku rasa macam aku nak bawak semua yang aku rindu tinggal dengan aku.Supaya aku boleh tengok muka diorang semua setiap masa.
Memang normal bagi setiap manusia merindui sesama manusia atau merindui sesuatu.Aku tak nafikan yang aku rindu sangat nak balik Nusajaya.Rindukan suasana kat sana.Dan yang paling penting aku akan dapat kembali bersama dengan mak abah,adik-adik serta sahabat-sahabat aku yang sentiasa menyokong dan sentiasa berada disaat aku memerlukan.Sesungguhnya aku mungkin tak mungkin dapat merasainya sekiranya aku masih di Kuala Lumpur ini.Tapi aku harus terima hakikat bahawa rezeki aku di Nusajaya dah habis sebab aku percaya yang Allah hantar aku ke Kuala Lumpur ni untuk menuntut rezeki aku kat sini.Kita mesti percaya bahawa apabila kita berpindah kesuatu tempat yang lain,maknanya ada rezeki kita disana.Tak bermakna tempat yang kita tinggalkan sebelum ini tak cukup bagus atau tak bermakna lagi untuk diri kita.Cuma rezeki kita ditempat lama dah habis kita tuntut.Rezeki kita Allah dah sediakan ditempat baru.Yakinlah apa yang Allah telah pun tetapkan untuk kita.
Aku yakin rezeki aku kali ni di Kuala Lumpur.Tapi aku takkan dapat terus menipu diri aku yang aku masih rindukan suasana serta orang-orang yang sekarang ni berada di Nusajaya.Korang semualah sumber inspirasi aku untuk jadi yang TERBAIK walau dimana pun aku berada.Jutaan terima kasih terutama pada Mak & Abah serta bekas staff aku kat Pizza Hut AEON Bukit Indah,Johor Bahru kerana anda semua sentiasa menyokong tindakan atau keputusan aku.Walaupun terkadang tindakan atau keputusan aku tu tak memuaskan hati atau mungkin ada yang tersinggung,korang semua tetap ada.teguran serta nasihat korang semua membuatkan aku lebih tabah.Percayalah bukan semua apa yang kita buat atau katakan benar.Kita juga kena aambil/dengar pendapat serta pandangan orang disekeliling kita untuk kita analisa dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.Aku sangat-sangat rindukan korang semua.Harap kita dapat bertemu lagi dilain kali....







"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply