Page Views

Berjumpa lagik.Aku masih confuse dengan blog aku ni.Aku mintak tolong best friend aku re-design balik blog aku nieh.Bila bukak,aku jadi pening.Tapi takpe,terima kasih banyak-banyak kat dia.Maklumlah aku ni tak berapa pandai dalam bidang nieh.
Sejak kebelakangan ni,badan aku rasa sengal-sengal lak.Kaki,tangan,leher semuanya lenguh semacam je.Mungkin kepenatan lepas keje kot agaknya.Sebenarnya aku nak tegaskan kat sini bahawa salah satu benda yang aku tak suka dalam dunia ni adalah kena paksa.
Kebetulan hari ni Mandarin Oriental(tempat keje aku)ada buat Annual Dinner.Start lambat dalam pukul 8pm.Tau-tau je lah kalau dah start lambat tu,habisnya mesti laa lambat.Aku lak keje pagi hari ni.So bila time balik pukul 4pm tadi,diorang ajak aku pegi.Aku kata aku malas nak join.Ye lah aku kalau balik keje terus balik rumah je.Malas nak gi mana-mana.Memang style aku dari dulu.Tapi yang aku nak cerita ni,adalah pasal 2-3 hari sebelum ni.Berkaitan gak dengan Annual Dinner ni.
Staff kat department aku ada buat cadangan apa kitorang akan pakai masa gi Annual Dinner.Aku dah bagitau awal-awal yang aku malas nak join.So,fahamlah kan bila aku kata aku malas nak join.Aku hanya bagi alasan yang aku nak balik rumah rehat lepas penat keje pagi tu.Diorang ajak jugak-jugak.tanya baju ni aku ada tak,necktie ada tak,coat/blazer ada tak & macam-macam lagi.Jawapan aku tetap sama kat diorang yang aku malas nak join.pastu tanya lagi,kenapa tak nak joinlah,ini setahun sekalilah itulah inilah.Aku tak kiralah setahun sekali ke,setahun banyak kali ke.Kalau aku dah kata aku tak nak pegi,aku tak nak pegi lah!Yang aku 'menyirap' sangat tu,cara ajak tu macam paksa lak.Kalau korang nak pegi tu pegi je lah.Bukannya kalau aku tak pegi,seluruh department aku tak boleh pegi.Sial betul la...
Paling celakanya,yang mengajak aku tu lah yang paling malas keje.Tapi kalau bab makan,poya-poya hmmmm...dia lah NO.1...Ntahlah aku dah tak tau cemane nak cakap lagik.Bahasa apa aku nak guna nak terangkan kat diorang ni yang aku tak berminat nak join.yang paling penting tadi masa balik keje,aku tukar baju terus balik rumah,senang cerita.Dapat gak laa aku rehat.
Untuk menutup tajuk aku hari ni,aku nak pesan kat siapa-siapa yang berkenaan kat luar sana.Bila ajak aku nak pegi mana-mana/nak buat apa-apa,kalau aku dah kata aku tak nak...faham-faham sendirilah.Tak payahlah aku nak cakap banyak kali.Style aku senang je.Aku hanya akan cakap sekali je dan aku TAKKAN ulang.Jangan sampai aku maki.Sebab korang kenal & tau kan mulut aku macam mana.Biar kenyang makan nasik,jangan kenyang makan maki.


"Be the change you want to see in the world."

Leave a Reply