Page Views

Apa yang baru berlaku sebentar saja tadi membuatkan aku terus nak tulis.Aku tengah makan kat kedai mamak kat bawah rumah aku.Tengah syok makan,tiba-tiba aku teringat kat mak,abah dan adik-adik.Tak tau nak cakap macam mana.Tengah-tengah aku teringat kat diorang tu,tiba-tiba handphone aku berbunyi.Nama pemanggil yang timbul adalah....mak.Mak kata dia sekarang ni kat KL,jalan-jalan dan nak pegi rumah kakak aku kat Jalan Ampang.Lepas sembang dengan mak kat telefon,tiba-tiba aku terfikir...Kuat betul perasaan rindu aku sampaikan mak boleh tau yang aku rindukan diorang.
Memang kita takkan boleh nafikan bahawa ikatan pertalian darah akan membuatkan kita bertuah hidup dalam dunia ni.Walau macam mana kita susah,sedih,sunyi,perlukan orang untuk kita luahkan perasaan rindu kita,tanpa kita sedari Allah sendiri akan hantar orang itu pada kita.Aku memang teringat nak balik Nusajaya hujung minggu depan.tau-tau Allah dah hantarkan mak pada aku.Mak seperti dapat 'menghidu' yang aku rindukan dia sangat-sangat.
Bagi aku,keluarga adalah yang paling utama dan segala-galanya untuk aku.Lebih-lebih lagi mak dan abah.Adik beradik pulak adalh yang kedua.Mak dan abah adalah perkara yang paling penting yang pernah berlaku dalam hidup aku dan hidup semua manusia yang hidup dimuka bumi ni.Tanpa ibu bapa kita,entahlah.Mungkin kita akan hilang arah kerana segala nasihat dan tunjuk ajar dari ibu bapa kitalah yang membuatkan kita mampu untuk mengenali,menilai serta menghargai kehidupan.Ibu bapalah nadi dibelakang kejayaan seorang manusia.Merekalah tempat mengadu,tempat bermanja serta tempat rujukan disaat kita hilang arah tujuan.Apa pun yang kita lakukan,kita pasti akan buat berlandaskan tunjuk ajar yang mereka berikan.Merekalah anugerah dari Allah yang takkan dapat kita beli dari mana-mana.
Disaat semua disekeliling menganiaya,membenci...ibu bapalah yang sentiasa disamping kita.Tanpa mengira penat mahupun jarak perjalanan yang memisahkan,mereka sentiasa ada.JANGAN sesekali kita berpaling dari ibu bapa kita sebab merekan tak pernah berpaling dari kita walau sesaat pun.Hargailah mereka selagi masih ada hayat mereka.Supaya kita takkan menyesal sekiranya apabila mereka dah tak ada didunia ini.
Adik perempuan aku baru saja call.Dia bagitau yang mak abah,kakak-kakak aku,dia,adik lelaki aku setrta anak-anak saudara kesayangan aku nak ajak aku pegi makan sama-sama.Aku nak pegi bersiap sekarang.Jadi,jangan lupa pesanan aku.Hargailah mereka selagi masih ada hayat mereka.Supaya kita takkan menyesal sekiranya apabila mereka dah tak ada didunia ini.Semoga berjumpa di lain kali.

Mak & Abah.


"Be the change you want to see in the world."


Leave a Reply